Polis serbu dua pusat hiburan, 25 GRO warga asing ditahan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis menahan 25 wanita pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di dua premis hiburan di Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, turut ditahan dua warga tempatan dan seorang lelaki warga asing dipercayai pekerja di premis terbabit.

“Serbuan dijalankan hasil maklumat dan risikan hiburan. Semua individu yang ditahan berusia 22 hingga 37 tahun.

“Turut dirampas peralatan hiburan, satu telefon pintar, dua pembesar suara, dua mikrofon, satu unit mikrofon tanpa wayar dan dua keping resit perniagaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, dua individu warga tempatan direman selama empat hari sehingga 20 Disember ini manakala 26 individu warga asing direman selama 14 hari.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Polis menyeru orang ramai untuk memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang,” katanya. – HMetro

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat