- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan selamat ulang tahun kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden Umno itu turut menitipkan doa buat Presiden PKR semoga dipermudahkan segala urusan untuk memimpin negara.
“Selamat hari ulang tahun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim .
“Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmat-Nya, dikurniakan keberkatan serta dipermudahkan segala urusan untuk memimpin negara ini. Insya-Allah,” ucap Zahid di Facebooknya pada Khamis sempena ulang tahun ke-76 Perdana Menteri.