Madrasah di Pasir Puteh Kelantan kini nikmati bekalan air terawat – Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah menjalankan projek khidmat masyarakat pembekalan air terawat di Madrasah Ihya Ulumuddin, Pasir Puteh, Kelantan.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dengan siapnya projek itu ia berupaya membekalkan sekitar 100,000 liter air sehari.

Katanya, sejumlah 140 warga Madrasah Ihya Ulumuddin yang terdiri daripada pelajar, warga emas dan tenaga pengajar bakal menerima manfaat berterusan.

“Alhamdulillah, kurang dari 4 bulan selepas lawatan pertama saya ke Madrasah Ihya Ulumuddin, Pasir Puteh, Kelantan, pihak kementerian telah selesaikan bekalan air di sini.

“Semalam saya serahkan projek khidmat masyarakat pembekalan air terawat serta pemasangan pili cekap air di sana, usahasama melibatkan dua agensi di bawah kementerian iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB),” kata Nik Nazmi, semalam.

Jelas beliau, projek ini mengambil masa 23 hari untuk disiapkan melalui penjajaran paip sepanjang sekitar 800 meter dari paip perkhidmatan milik Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) ke madrasah berkenaan.

“Madrasah tersebut sebelum ini memperolehi bekalan air dari sumber air bawah tanah dan bekalan air daripada luar namun berhadapan masalah berlanjutan dari aspek kuantiti, kualiti dan bau.

“Dengan siapnya projek yang berupaya membekalkan sekitar 100,000 liter air sehari tersebut, sejumlah 140 warga Madrasah Ihya Ulumuddin yang terdiri daripada pelajar, warga emas dan tenaga pengajar bakal menerima manfaat berterusan,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat