Siri Jelajah Konsert “JILID AKHIR” Puteri Kota Dari Bukit Jalil Ke Pulau Penang

- Advertisement -

Setelah berjaya mencipta rekod Malaysia Penjualan tiket “SOLD OUT” dalam masa 24 jam, Kini ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’ Kembali dengan siri jelajah ke lokasi ketiga di Pulau Mutiara yang akan berlansung pada 28 October 2023, bertempat di SPICE Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang bermula jam 8:00 malam.

“Alhamdulillah syukur di atas kerjasama padu pasukan yang menjayakan, selain ucapan terima kasih kepada semua penonton yang telah hadir menyaksikan, saya rindukan momen tersebut,” kata Ratu Rock Negara, Ella.

Kini Ella Kembali dengan siri jelajah konsertnya di tempat kelahiran asalnya.  “Saya nak ‘habaq’, saya merupakan anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang. Sebagai menghargai permintaan semua penggemar di sebelah utara, jadi kali ini, kami bakal datang dengan bawakan JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA untuk kenangan bersama.

“Sebagai seorang penghibur, saya tersentuh dengan cerita mereka yang hadir di konsert Kuala Lumpur kelmarin, antaranya seorang anak telah menghadiahkan tiket konsert buat kedua ibu bapanya yang merupakan penggemar saya dan alhamdulillah mereka bahagia dan sangat ‘enjoy’!”

“Disebabkan momen-momen begini menjadi pemangkin bagi saya untuk meneruskan konsert ini di beberapa lokasi lagi dan Pulau Pinang menjadi pilihan seterusnya. Perancangan konsert ini telah dilakukan awal, cuma tarikhnya yang baharu kami putuskan.

Kekal dengan tema ‘Rock Glam’, konsert yang bakal berlansung selama 2 jam setengah itu akan mempersembahkan sebanyak 25 hingga 30 buah lagu ‘hits’ Ella, dan pastinya akan ada artis jemputan untuk meriahkan lagi konsert pada malam tersebut, tetapi artis jemputan masih lagi dirahsiakan sebagai satu kejutan buat peminat.

“Saya sedang dalam sesi latihan muzik beberapa kali seminggu serta aktiviti rutin kecergasan sebagai persediaan.

“Dari segi susunan muzik pula, adalah di bawah kelolaan pengarah muzik, Dato’ Acis yang turut dilatari 9 pemuzik profesional dan beberapa artis undangan sewaktu malam konsert.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, Encik Rohit Rampal,

“Kejayaan konsert JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA tempoh hari dengan penjualan tiket yang berjaya mencipta ‘Malaysia Book of Record’ untuk jualan terlaris dalam masa 24 jam membuktikan bahawa Ella semenangnya Ratu Rock Negara yang tiada tandingan.

“Demi menyahut permintaan peminat Ella yang tidak berpeluang menonton konsert tempoh hari, pihak Hitman Solutions & RockQueen akan sedaya-upaya memberikan kepuasan maksimal buat penggemar rock di bahagian utara, dan nantikan pengumuman kami yang seterusnya.

Akhiri Ella: “Semoga anda semua akan terhibur dan bahagia menyaksikan konsert Jilid Akhir nanti, pastinya sebuah pengalaman indah untuk kenangan manis yang bakal dirindukan.

Peace.Love.Rindu.”

Harga tiket bermula pada RM 78 untuk Rockzone, RM 98 untuk Silver, RM 188 untuk Gold, RM 198 untuk Platinum dan RM 258 untuk VIP. Tiket-tiket bakal dijual bermula 2 Ogos ini pada jam 12:00 tengahari di www.hitmanlive.com.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat