Debat Ekonomi Rafizi-Syahir pada 09 Ogos

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan Ahli Parlimen Bachok,  YB Tuan Haji Mohd Syahir Bin Che Sulaiman telah menyatakan persetujuan jemputan ‘Debat Ekonomi Malaysia’.

Menerusi catatan Facebook Rafizi, tarikh debat setakat ini akan berlangsung pada 09 Ogos ini.

“Saya telah dimaklumkan bahawa Sdr. Syahir telah menerima semula jemputan saya untuk berdebat setelah mendapat keizinan pimpinan beliau.

“Saya ucapkan terima kasih.

“Platform debat adalah peluang bagi parti-parti membentangkan idea dan tawaran kepada rakyat.

“Maklumat lanjut debat akan dimaklumkan tetapi tarikh setakat ini adalah 9 Ogos 2023.” maklum Rafizi.

Terdahulu, Bekas Menteri Ekonomi, Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor menolak cabaran debat oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Media juga melaporkan, Azmin yang juga bekas ahli parlimen Gombak bersetuju menyahut cabaran debat tersebut, namun disertakan dengan syarat bahawa Rafizi perlu membuktikan telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat