Felda, Teresa Kok Nafi Lantikan Pengerusi Baharu

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menafikan sebaran berita palsu yang mengumumkan pelantikan Teresa Kok sebagai Pengerusi Felda yang baharu menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

Felda menegaskan, tiada sebarang pengumuman rasmi berkenaan pelantikan Pengerusi Felda yang baharu sehingga hari ini, 22 Jun 2023.

“Sebarang poster adalah tidak berkaitan,” tegas agensi itu dalam hantaran status Facebook pada Khamis.

Manakala Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok juga berkongsi poster palsu mengaitkan pelantikan beliau sebagai peneraju baharu Felda.

“Tolong sebarkan imej ini. Tolak berita palsu,” katanya.

Semalam, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh ditamatkan perkhidmatannya lebih awal daripada kontraknya sebagai Pengerusi Felda berkuat kuasa 30 Jun ini.

Idris menyatakan pemakluman penamatan khidmatnya diberitahu oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO).

“Saya telah menerima keputusan dari pejabat Perdana Menteri untuk mengundur diri dari jawatan Pengerusi Felda berkuatkuasa pada 30 Jun 2023.

“Keputusan ini dibuat bagi memberi laluan kepada pimpinan negara melantik pengganti yang lebih sesuai,” kata Idris dalam hantaran di Facebooknya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat