PAS Paling Banyak Kerusi Tanding PRN, Agihan PN Selesai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di semua 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri terlibat.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) yang telah bermesyuarat pada hari ini 22 Jun 2023, telah memuktamadkan rundingan kerusi untuk PRN bagi enam negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

“PN akan bertanding di semua 245 kerusi DUN yang bakal dipertandingkan iaitu sebanyak 36 kerusi di Kedah, 45 kerusi di Kelantan, 32 kerusi di Terengganu, 40 kerusi di Pulau Pinang, 56 kerusi di Selangor dan 36 kerusi di Negeri Sembilan.

“Jumlah kerusi yang bakal ditandingi oleh Bersatu ialah 83 kerusi, PAS 126 kerusi dan Gerakan 36 kerusi,” kata Muhyiddin pada Khamis.

Dalam pada itu, kata Muhyiddin lagi, jumlah kerusi baharu bukan incumbent yang bakal ditandingi oleh anggota parti PN iaitu Bersatu sejumlah 64 kerusi, PAS sejumlah 50 kerusi, dan Gerakan sejumlah 36 kerusi.

Selain itu tambah beliau lagi, PN memaklumkan Jentera Pilihan Raya PN di peringkat negeri-negeri ketika ini adalah di tahap tertinggi dan komited dalam gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri dalam mempertahankan tiga negeri (Kelantan, Terengganu, Kedah) dan menawan tiga negeri (Selangor, Pula Pinang, Negeri Sembilan).

“PN juga komited untuk menjunjung keluhuran perlembagaan, membela kebajikan rakyat dan memacu kemajuan ekonomi menerusi pembentukan kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil,” ujar Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat