Umno Parti Tua Yang Berhalusinasi Lakukan Reformasi – Hasni

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno bukan lagi ‘grand’ sebaliknya sebuah parti ‘tua’ yang terus berhalusinasi melakukan reformasi.

Sekiranya situasi ini diteruskan ia akan gagal mendapatkan semula kepercayaan orang Melayu pada masa depan.

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, dalam mereformasikan Umno dan Barisan Nasional (BN) rakyat mesti melihat harapan dalam kepimpinannya dan menjadikan kebebasan bersuara dan kritikan membina lebih sebagai sumber kekuatan dan bukannya tanda ancaman atau kelemahan.

“Dulunya Umno dikenali sebagai ‘grand old party’ Malaysia, khusus untuk orang Melayu.

“Saya berpendapat kini UMNO bukan lagi ‘grand’ sebaliknya sebuah parti ‘tua’ yang jika terus berhalusinasi dalam melakukan reformasi dan gagal memberikan kejelasan keyakinan. Maka ia sukar untuk mendapatkan semula kepercayaan orang Melayu pada masa hadapan.

“Dalam mereformasikan Umno dan BN, rakyat mesti melihat harapan dalam kepimpinannya dan menjadikan kebebasan bersuara dan kritikan membina lebih sebagai sumber kekuatan dan bukannya tanda ancaman atau kelemahan,” katanya dalam forum bertajuk ‘Governing in the Shadow of UMNO’s Long Rule: Anwar Ibrahim’s Formula and Prospects for Reform’ anjuran ISEAS-Yusof Ishak Institute, Singapura pada Khamis.

Sehubungan itu, Hasni menegaskan bahawa peranan Umno atau BN harus terus menyokong kestabilan Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim terutamanya dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

“Walaupun Umno tidak memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya negeri, Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dilihat sebagai di bawah ancaman ketidakstabilan.

“Sebaliknya, kepimpinan Umno yang akan berhadapan dengan penelitian yang berat,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat