(KUALA LUMPUR, 6 April 2023) Konsert NCT DREAM akan datang, NCT DREAM TOUR ‘THE DREAM SHOW2 : In A DREAM’ di KUALA LUMPUR secara rasminya telah diisytiharkan habis dijual! Jualan tiket untuk acara itu telah dilancarkan secara rasmi hari ini pada pukul 2 petang dan semua tiket telah dijual sepenuhnya dalam masa kurang daripada 3 jam!
Anjuran Star Planet dengan kerjasama YES, NCT DREAM TOUR ‘THE DREAM SHOW2 : In A DREAM’ di KUALA LUMPUR bakal diadakan pada 20 Mei 2023, 5PM di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Penganjur dan ahli NCT DREAM teruja dengan sambutan yang menggalakkan daripada peminat dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peminat yang menjayakan konsert ini.
Untuk sebarang maklumat terkini, nantikan media sosial Star Planet atau layari www.starplanet.com.my