Ranhill isytihar dividen interim kedua sebanyak 2 sen sesaham bagi FY22

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ranhill Utilities Berhad mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 2 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22).

Kumpulan itu menetapkan 26 April sebagai tarikh kelayakan, dan 15 Mei sebagai tarikh pembayaran, katanya satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ranhill pada Disember lalu mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak setengah sen sesaham untuk FY22 dengan tarikh kelayakan pada 4 Januari dan pembayaran pada 18 Januari.

Kumpulan itu merekodkan untung bersih sebanyak RM96.74 juta, dengan hasil RM1.73 bilion pada FY22, yang tertinggi sejak ia disenaraikan pada 2016.

Bagaimanapun, jumlah dividen sesaham sebanyak 2.5 sen yang dicadangkan bukanlah yang tertinggi.

Untung bersih FY22 Ranhill meningkat tiga kali ganda daripada RM30.6 juta setahun sebelumnya, manakala hasil 12.77% lebih tinggi daripada RM1.53 bilion sebelumnya.

Keputusan itu adalah hasil pengiktirafan lebih tinggi terhadap hasil air yang disumbangkan oleh anak syarikatnya Ranhill SAJ Sdn. Bhd. berikutan penggunaan lebih tinggi dalam sektor komersial.

Sementara itu, keuntungan bersih yang lebih tinggi adalah disebabkan oleh pengiktirafan insentif pengurangan air bukan hasil yang diterima oleh Ranhill SAJ.

– DagangNews.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat