Elak Kesesakan, Sistem Bayaran Tol Tanpa Palang Akan Dilaksana

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pelaksanaan Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) akan diperkenalkan Kementerian Kerja Raya sebagai sistem bayaran terbuka di lebuh raya bertol di negara ini dalam masa terdekat, lapor Utusan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, dalam usaha tersebut, sebanyak RM3.46 bilion akan dibelanjakan kerajaan bagi melaksanakan MLFF, bertujuan bagi mengelak kesesakan lalu lintas di lebuh raya bertol.

Menurut beliau, kajian tersebut akan dilaksanakan pada 2024 sebelum penggunaan sepenuhnya dijangka dapat dikuatkuasakan setahun selepas itu.

“Ia membolehkan pengguna membuat bayaran tol daripada pelbagai pilihan sumber kewangan seperti kad kredit berbanding hanya Touch ‘n Go dan dompet elektronik, Touch ‘n Go eWallet.

“Dalam usaha pelaksanaan MLFF, kita memerlukan masa kira-kira setahun setengah atau dua tahun, malah surat hasrat (LOI) sudah dikeluarkan kepada konsesi terbabit bagi memastikan kajian itu dapat berjalan lancar,” katanya, dipetik dari laporan tersebut.

Tambahnya lagi, sistem MLFF yang digunakan banyak negara maju itu adalah selaras dengan ‘Malaysia Intelligent Transportation System Blueprint 2019-2023’.

Katanya, sistem itu harus dibuat kajian terlebih dahulu kerana membabitkan penggantian infrastruktur berikutan sistem itu tidak lagi menggunakan tiang di bahagian tengah lorong.

“Kita nak buat mesti ada kajian sebab kita akan ganti segala yang ada pada hari ini kepada yang baharu. MLFF tidak ada lagi tiang di tengah, sebaliknya hanya tiang antara jalan ke jalan.

“Lorongnya juga akan bertambah berbanding tiga hingga enam lorong kini, namun saya tidak boleh menyatakannya berapa kerana ia sedang dalam rangka pelukisan oleh pihak yang mendapat konsesi ini,” katanya.

Beliau turut menjelaskan peralihan kepada sistem itu tidak akan melibatkan kenaikan harga tol

“Tetapi untuk jangka hayat perjanjian konsesi bagi MLFF ini, saya maklumkan kemudian kerana saya tidak mahu tersilap jawab, sebenarnya tak ada cadangan berapa jangka panjang tempoh konsesi MLFF ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat