Nostalgia Dewan Merdeka 1988, Kini Kembali Dengan Big Band Live In KL Sheila Majid

- Advertisement -

Bermula Konsert pertama ratu Jazz Malaysia Datuk Sheila Majid di Dewan Merdeka, PWTC pada tahun 1988 kini Dia kembali dengan Konsert Big Band Live In KL dan Menghiburkan Seramai 3000 “Sold Out” Konsert pada sabtu lepas..

“Masa tu saya muda, pakai skirt pendek melompat-lompat. Saya rasa pada ketika itu saya masih belum berpengalaman untuk berinteraksi dengan penonton.

“Perkara yang berubah adalah sekarang ini saya sudah semakin yakin dalam direction muzik saya, dan lebih mahir dalam berinteraksi dengan penonton.

Ratu Jazz Malaysia itu juga mengatakan munkin Lama lagi saya akan bersara kerana sambutan dan sokongan “full house” oleh peminat ratu Jazz tersebut.

“Mana mungkin saya terfikir untuk bersara jika ramai peminat terus memberikan sokongan seperti ini,”

“Bercakap soal bersara, saya rasa tidak dan belum lagi masanya. Jadi semua boleh lihat saya menyanyi lagi untuk beberapa tahun,”

“Sejujurnya, saya sangat mencintai muzik dan persembahan. Saya akan buat bila ada permintaan peminat.”

Konsert Sheila Majid Big Band Live in KL diiringi dengan 23 pemuzik dengan 13 daripadanya merupakan pemain horns, 7 orang pemuzik band bersama tiga penyanyi latar yang dipimpin oleh Pengarah Muzik tersohor, Mac Chew.

Berlangsung lebih 2 jam, Kira-kira 3,000 penonton menyaksikan Sheila mempersembahkan seleksi lagu ‘hit’ seperti Pengemis Muda, Gerimis Semalam, Rahsia Hati, Ku Mohon, Antara Anyer & Jakarta, Aku Cinta Padamu, Legenda dan Sinaran.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat