Farid tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

- Advertisement -

SHAH ALAM: Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili aktres Diana Danielle mengesahkan Farid Kamil tidak dapat memasuki kediamannya sejak awal bulan ini, namun tidak mendedahkan alasan dihalang berbuat demikian.

Akberdin berkata, pihaknya diarahkan melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid enggan melafazkan cerai.

“Melalui JKP, wakil dilantik akan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian, sebelum hasil perbincangan dikemukakan kepada mahkamah.

“Sekiranya JKP tidak dapat menemui jalan penyelesaian atau mendapati berlaku shiqaq, Mahkamah Syariah akan melantik hakam yang akan memberikan kata putus bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan berkenaan,” ujarnya.

Akberdin berkata demikian selepas Farid mendakwa dirinya tidak dapat memasuki rumah yang diduduki bersama isterinya, Diana sejak awal bulan ini.

Farid mendakwa dihalang masuk ke rumah sejak awal bulan ini, selain tidak dapat bertemu anak-anaknya, Muhammad dan Nur Aurora.
Farid mendakwa dihalang masuk ke rumah sejak awal bulan ini, selain tidak dapat bertemu anak-anaknya, Muhammad dan Nur Aurora.

 

Dalam tempoh sama, difahamkan pelakon utama filem Anwar: The Untold Story itu juga tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya.

Perkara tersebut dimaklumkan pada prosiding permohonan cerai yang difailkan oleh Diana di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pagi tadi.

Permohonan cerai tersebut difailkan Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Hakim Shukran kemudian menetapkan 28 Mac ini untuk membolehkan Farid memaklumkan mahkamah wakil bagi pihaknya dalam JKP tersebut.

Beberapa bulan lalu, ketika mengulas isu rumah tangga rakan baiknya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, Diana menyatakan dia memahami keadaan perasaan rakanannya.

Kata Diana, tiada wanita yang ingin bercerai tanpa sebab.

“Dalam kehidupan, kita tidak boleh menjangka pengakhiran yang berlaku dalam apa juga keadaan,” katanya.

Farid dan Diana mendiri rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat