Baki 3 Peratus Lagi Kawasan Belum Capai Perkhidmatan Internet

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah berjaya memenangi Anugerah WSIS 2023 di Geneva, Switzerland pada 14 Mac 2023.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, kemenangan ini menjadi dorongan besar untuk semua pihak terlibat terutamanya syarikat telekomunikasi untuk terus meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan.

“Sukacitanya saya ingin mengumumkan bahawa inisiatif Pelan Jalinanan Digital Negara atau JENDELA telah berjaya memenangi Anugerah WSIS 2023 di Geneva, Switzerland pada 14 Mac 2023,” katanya pada Isnin.

Susulan itu, Fahmi menegaskan, tumpuan ketika ini untuk menyediakan liputan baki tiga peratus kawasan berpenduduk dan meningkatkan kualiti perkhidmatan internet.

Untuk rekod, JENDELA yang dilaksanakan bagi membantu rakyat dalam mendapatkan kemudahan jaringan Internet yang stabil merekodkan pencapaian memberangsangkan setakat suku keempat tahun lepas.

Beliau berkata pencapaian itu berdasarkan perkembangan semasa inisiatif JENDELA yang berjaya melepasi nilai sasaran awal ditetapkan merangkumi aspek ketersediaan sambungan rangkaian gentian optik, liputan 4G dan kelajuan jalur lebar.

“Pencapaian setakat suku keempat adalah sejumlah 7.74 juta premis telah diliputi dengan ketersediaan sambungan gentian optik melebihi sasaran awal iaitu 7.5 juta premis. Liputan 4G di kawasan berpenduduk juga diperluas sehingga 96.92 peratus melepasi sasaran 96.9 peratus.

“Selain itu, kelajuan jalur lebar mudah alih pada kadar purata 116.03 Mbps (megabit sesaat) melebihi sasaran kelajuan 35 Mbps yang disasar untuk dicapai menjelang penghujung 2022,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat