Semua parti politik terima sumbangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua parti politik menerima sumbangan kerana tiada parti boleh hidup dengan sendiri.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengingatkan bahawa PAS bersikap terbuka dan sedia memberi kerjasama sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu menyiasat akaun parti berkenaan.

Katanya, SPRM boleh menyiasat sekiranya ada keperluan.

“Namun kita berharap segala tindakan sama ada daripada SPRM atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bersifat politik dan memilih.

“Kalau bercakap soal duit, semua parti menerima sumbangan. Tiada parti yang boleh hidup dengan sendiri.

“Jadi kalau nak siasat, siasat semua dan sekiranya terdapat salah laku, boleh ambil tindakan,” katanya lapor BH di Kelantan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, PAS memang bersikap terbuka sejak dahulu berhubung perkara itu.

Bagaimanapun katanya, ia menjadi sukar dan masalah buat parti tertentu sekiranya akaun dibekukan memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin dekat.

“Apa yang saya lihat, kerajaan hari ini seolah-olah mahu membalas dendam terhadap Perikatan Nasional (PN),” katanya

Sebelum ini dilaporkan beberapa akaun milik Bersatu masih lagi dibekukan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata siasatan masih berjalan dan pembekuan akaun belum dibatalkan.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan jumlah simpanan dalam akaun yang dibekukan SPRM kerana pegawai penyiasat masih dalam proses melaksanakan tugas.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat