Menteri Macam Rafizi Akan Cepat Runtuhkan Kerajaan PH-BN – Ahmad Fadhli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menempelak Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang didakwanya sering ‘berjenaka’.

Bahkan beliau juga mendakwa kenyataan-kenyataan Rafizi akan membantu kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan lebih cepat runtuh.

“Setelah genap sebulan, tiada siapa yang terduduk melainkan rakyat yang dihidangkan dengan kenyataan-kenyataan lawak jenaka dari beliau (Rafizi) saban hari.

“Setelah hanya 2 bulan lebih kerajaan PH-BN ini berkuasa, sudah banyak kenyataan lawak jenaka beliau menghiasi media tanah air. Antaranya, jangan beli ayam jika mahal, boikot peniaga restoran jika harga masih mahal dan lain-lain.

“Mohon kekalkan Menteri ini dalam Kabinet. Jangan diubah-ubah. Ia membantu meruntuhkan kerajaan PH-BN dengan lebih pantas,” sindir Ahli Parlimen Pasir Mas itu di Facebooknya, semalam.

Pada 26 Disember lalu, Menteri Ekonomi, Rafizi berkata, pemimpin PN yang mempertikai kenyataan beliau berhubung isu penawaran dan permintaan barangan akan ‘terduduk’ dalam sebulan lagi setelah langkah itu difahami seluruh rakyat dengan rasional.

Menurut Rafizi itu, usaha untuk menyuntik keanjalan dalam permintaan diperlukan sebagai satu  mekanisme kawalan harga.

Kata  beliau, perkara itu secara tidak langsung dapat mengembalikan kuasa pengguna.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat