Tuan Ibrahim Dinamakan Ketua Pembangkang DUN Pahang

- Advertisement -

ROMPIN – Perikatan Nasioan (PN) Pahang memilih ADUN Cheka merangkap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Selain Ketua Pembangkang, PN Pahang juga menamakan ADUN Lepar yang Timbalan Pengerusi PN Pahang, Mohd Yazid Mohd Yunus sebagai Ketua Whip.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, beliau akan menulis surat berkenaan pemilihan nama Ketua Pembangkang dan Ketua Whip kepada Speaker DUN Pahang sebagai pemakluman.

“Sebagai Pengerusi PN Pahang saya akan menulis kepada Speaker, jawatan ketua pembangkang wajar diberikan fungsi dan status yang rasmi mengikut contoh yang dipraktiskan di Dewan Rakyat,” katanya pada sidang media pada Selasa.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu juga menegaskan, penamaan dan pemilihan Ketua Pembangkang dan Ketua Whip ini adalah persedian PN untuk menjadi pembangkang yang konstruktif di DUN Pahang.

Dalam perkembangan lain, Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar mendakwa, Barisan Nasional (BN) membuat tindakan bersifat rasuah kepada pengundi DUN Tioman menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 7 Disember ini.

“BN bagi geran tanah kepada penduduk setempat di Tioman misalnya di Felda Selendang 2, Kampung Jawa Pantai sedangkan mereka telah menanti pemilikan tanah itu sudah lebih 40 tahun.

“Tindakan ini jelas bersifat rasuah, sedangkan Kerajaan Negeri Pahang boleh memberi geran itu sebelum-sebelum ini, tetapi memilih untuk memberinya pada musim kempen pilihan raya DUN Tioman,” bidasnya.

Rosli juga menyatakan, tindakan BN ini dibuat atas dasar tekanan kesan daripada mood pengundi di Tioman yang lebih terarah kepada PN bersandarkan pola pengundian kerusi Parlimen baru-baru ini.

“Sebelum bekas calon PN, Md Yunus Ramli meninggal dunia tak timbul pula isu tanah, tak ada pula BN nak tawar pemilikan tanah, tiba-tiba pula waktu ini baru nak tawar, jelas Umno dan BN sangat tertekan dengan PN.

“Kekuatan PN bagi tekanan kepada BN, tertekan hingga bagi tanah. PN kini pembangkang yang kuat oleh itu tekanan ini akan membantu rakyat Pahang memperoleh apa yang sepatutnya mereka dapat daripada Kerajaan Negeri Pahang. Kita kena bagi tekanan supaya mereka bagi tanah.

“Kepada yang dapat tanah itu, bersyukurlah, tapi bila mengundi pilih lah PN,” seru Rosli.- Suara.TV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat