“Kalau Bera pun tak lepas, jangan mimpi saya jadi PM” – Ismail Sabri

- Advertisement -

BERA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merayu pengundi di Bera memberi kemenangan kepada beliau dan juga calon-calon Barisan Nasional (BN) sekiranya mahukan lebih banyak pembangunan.

Kata penyandang Parlimen Bera itu, sekiranya beliau tidak menang di Bera, usahlah rakyat di situ bermimpi untuk beliau menjadi Perdana Menteri sekali gus membantu merancakkan pembangunan di situ.

“Untuk saya terus jadi Perdana Menteri, kuasa yang paling besar ialah perlu diberi oleh pengundi di Bera.

“Kalau saya tak menang di Bera jangan mimpilah nak jadi Perdana Menteri. Walaupun parti saya telah pun umumkan saya sebagai calon Perdana Menteri daripada BN tapi kalau Bera tak lepas, tak dapatlah (jadi Perdana Menteri),” katanya ketika berucap di Majlis Kenduri Rakyat di Felda Sebertak, di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan Keluarga Malaysia di Bera bahawa dirinya lebih layak dipilih berbanding dua calon lawan yang turut merebut kerusi Parlimen Bera.

“Dan saya pun fikir juga yang dua lagi calon Bera yang bertanding tu boleh ke jadi Perdana Menteri? Mestila tak boleh kan? Nak jadi menteri pun belum tentu.

“Tapi kalau saya telah pun diumumkan oleh pihak parti Barisan Nasional (BN) dan Umno. Kalau saya jadi Perdana Menteri yang untungnya ialah masyarakat Bera.

“Cuma kalau nak meminang anak orang kena kabor kalau tidak orang tak tahu jadi hari ini saya memohon dengan rasmi undilah saya, juga calon DUN BN yang lain,” rayu Ismail Sabri.

Dalam pada itu, beliau juga memohon ahli-ahli PAS turut menyumbang undi kepadanya.

“Kepada orang kampung rakan PAS minta rakan-rakan dari PAS juga undi saya.

“Bukan setakat Umno, saya mohon PAS juga berikan undi,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat