Bukan cuma banjir, semua jenis perayaan pembangkang nak elak PRU15 – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bukan sekadar memainkan naratif banjir, pembangkang juga didakwavsemakin dangkal apabila cuba menggunakan isu Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya untuk elak pilihan raya.

Mereka lupa Barisan Nasional (BN) mempunyai pengalaman dalam mengatur dan mengendalikan pilihan raya dan tahu masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi BN itu malah menempelak pembangkang umpama cuba mengajar itik berenang di kolam sedangkan mereka sendiri kurang mampu membawa idea segar untuk rakyat.

Zahid mengakui bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa menasihat Yang di-Pertuan Agong untuk pembubaran Parlimen dan Umno bukan sebuah parti politik nyamuk yang hanya berdenging tanpa hala tuju.

“Umno mempunyai tradisi dan sejarah yang panjang serta puluhan tahun berpengalaman dalam pentadbiran dan pemerintahan.

“Setiap tindakan dibuat mempunyai proses yang telus, teratur dan keputusan untuk melaksanakan PRU15 adalah sentiasa berpandukan peraturan dan Perlembagaan Negara.

“Ternyata Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang serta musuh politik dalam selimut berada dalam keadaan terdesak sanggup buat apa-apa sahaja untuk melengahkan pilihan raya umum dengan menggunakan hujah yang lemah dan dangkal.

“Mereka bimbang kezaliman mereka menerima kifarah akibat perbuatan mereka sendiri. Masa mereka akan tiba dan inilah yang cuba musuh politik elak.
Kebenaran tetap tiba dan menangguh kebenaran sukar dielakkan,” tegas Zahid.

Tambah beliau, kedangkalan pembangkang juga apabila mencetuskan isu kos mengadakan pilihan raya.

“Pembangkang lupa kalau dilengahkan lagi pilihan raya kos akan semakin tinggi pula.

“Tidak pernah berlaku kos pilihan raya semakin menurun setiap kali diadakan. Inilah komitmen kerajaan untuk suburkan amalan demokrasi negara.

“Pihak kerajaan sentiasa prihatin untuk memastikan proses pilihan raya berjalan lancar, memberikan kemudahan kepada semua pihak yang bertanding dan memastikan amalan demokrasi berada dalam tahap terbaik,” jelas Zahid.

Bahkan Presiden Umno itu menegaskan, kerajaan tidak pernah meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikat perut untuk memotong peruntukan SPR.

“Inilah tanggungjawab kerajaan memastikan SPR berjalan lancar dan melaksanakan secara terbaik untuk negara,” katanya.

Zahid berkata, naratif lemah mereka cuba menyatakan banjir berlaku seluruh negara.

“Mereka lupa pilihan raya umum dan malah pilihan raya negeri pernah diadakan pada bulan November dan Disember.

“Sifat ketakutan pembangkang terserlah apabila mengabaikan fakta dan hujah mengenai banjir dan pilihan raya. Nampaknya auta mereka semakin terserlah den menjadi jenaka negara.

“Pembangkang cuba bermain politik persepsi seperti PRU14. Cubaan ini dapat dilihat apabila kecoh di media sosial mendakwa hujan lebat berterusan akan berlaku mulai pertengahan November ini dan akan berlaku banjir besar.

“Namun, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan bahawa ia kurang tepat,” dakwa Zahid.

Hal ini katanya, menunjukkan betapa terdesaknya pembangkang takut berdepan pilihan raya umum berlaku.

“Mereka takut dihukum oleh pengundi mereka sendiri yang sedar apabila PH gagal melaksanakan manifesto mereka. Sebaliknya sibuk berebut jawatan perdana menteri di antara Mahathir dan Anwar hingga mengabaikan kebajikan rakyat.

“Rakyat disuruh mengikat perut, manifesto bukan kitab suci, elaun sara hidup nelayan dipotong, ICERD cuba diratifikasikan di negara ini dan sebagainya.
Tindakan ini dilakukan PH ketika berkuasa. Sekarang mereka takut berdepan undi rakyat yang tidak sabar menghukum PH,” katanya.

Tindakan melengahkan pilihan raya adalah cubaan PH untuk membaiki reputasi kegagalan 22 bulan pemerintahan mereka, kata Zahid.

“Belum lagi dengan pendakwaan terpilih. Yang melompat parti dan bersekutu dengan PH tidak pula didakwa.

“Saya dan teman-teman pimpinan parti dijadikan kambing hitam dalam isu kes wang pembiayaan politik dan derma. Peliknya yang bersekutu dengan mereka tiada pula apa-apa pendakwarayaan hingga kini.

“Inilah dibimbang PH dan sekutu yang bersekongkol dalam pendakwaan terpilih ini. Mereka tahu masa akan tiba, mereka takut bayang-bayang mereka sendiri kerana tahu tindakan mereka buat adalah salah,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat