PRU-15: Pemimpin Utama PKR Akan Berdepan ‘Pengkhianat’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), PKR merancang beberapa strategi antaranya ialah meletakkan pemimpin utamanya di kawasan ‘pengkhianat’.

Dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PKR mempertimbangkan rancangan itu dengan serius untuk berdepan dengan ‘pengkhianat’ parti bagi membalas dendam.

Antara nama yang disasarkan untuk didepani ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Zuraida Kamaruddin (Ampang), Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Seri Dr Edmund Santhara Kumar Ramanaidu (Segamat) dan Datuk Seri Azmin Ali (Gombak).

Selain itu, Anwar berkata PKR menerima maklum balas yang baik daripada pengundi dalam siri jelajahnya baru-baru ini termasuk di kawasan seperti Gombak yang diwakili bekas timbalan presiden parti itu.

“Kita tidak boleh menyalahkan orang awam kerana bersikap kritis, sinis atau kecewa dengan Langkah Sheraton. Kita perlu memberitahu mereka bahawa pesalah harus dihukum.

“Saya sangat bersyukur. Sejak beberapa bulan lalu, terutamanya selepas (acara PKR di) Gombak, Kuala Pilah dan Port Dickson, dan program (Timbalan Presiden PKR) Rafizi (Ramli) di Johor, anda boleh lihat keghairahan dan keterujaannya,” kata Anwar.

Selain itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu memberitahu, dia tidak mahu lagi terperangkap dalam kenangan pahit masa lalu.

“Kita tidak seharusnya diperangkap dengan masa lalu. Kita (kerajaan PH) ada kejayaan, tetapi ada juga kegagalan.

“Hakikatnya, mengenai kebebasan kehakiman, pendakwaan terpilih dan juga peranan peguam negara, terdapat situasi yang boleh dipersoalkan dan beberapa kritikan (terhadap) beberapa orang dalam PH.

“Tetapi kita harus terus melangkah. Pada fikiran saya, kami mendasarkan (perjuangan kami) pada prinsip asas dan nilai asas seperti keadilan,” katanya lagi.

Habis

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat