- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Isnin menerima rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan empat pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) yang dihadapinya.
Bagaimanapun, mahkamah mengekalkan sembilan pertuduhan lain iaitu membabitkan tiga kes rasuah dan enam AMLA.
Keputusan sebulat suara itu disampaikan tiga panel hakim yang dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md Said, lapor Sinar Harian.
Turut bersidang dalam prosiding terbabit ialah Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.