Taruhan baharu Tika

- Advertisement -

Penyanyi Tika Nasir, 22, sangat beruntung kerana berpeluang menyanyikan lagu berjudul Bicara Menanti ciptaan komposer terkenal, Akir dari kumpulan Hyper Act.

Malah lirik lagu ini dihasilkan oleh nama yang tidak asing lagi iaitu Frozen yang juga orang kuat Hyper Act.

Bicara Menanti bergenre pop rock adalah single ketiga Tika selepas Penipu pada April 2020 dan Semi Realiti pada September 2021.

Tika atau nama sebenarnya Atikah Nasir yang juga artis Hype Beat berkata, dia tidak menyangka mendapat kepercayaan dua nama hebat ini untuk menyanyikan lagu terbabit.

“Siapa tak gembira dan berbangga bekerja dengan dua nama hebat ini. Mereka adalah tulang belakang dalam penghasilan lagu popular nyanyian Hannah Delisha serta Hyper Act yang pernah memenangi pelbagai anugerah termasuklah muncul naik juara Anugerah Juara Lagu Ke-28 (Hanya Aku – Hyper Act).

“Saya gembira dapat melakukan yang terbaik selain berjaya memuaskan hati mereka dengan nyanyian dalam lagu ini,” katanya.

Bicara Menanti mengisahkan mengenai seseorang yang meragui perjalanan kisah cintanya dan sedang mencari jawapan.

Muzik video pula arahan Kas Roshan yang menampilkan pemuzik hebat seperti Totoi (gitaris) dan Tuah String Quartet untuk bergandingan bersama Tika.

Dua single terawal Tika sebelum ini bergenre pop dan balada, di mana lagu Penipu dihasilkan oleh Mas Dewangga dan Semi Realiti oleh Zwen Addeen.

 

TIKA dilokasi penggambaran muzik video Bicara Menanti.

 

“Kedua-dua single ini hanyalah eksperimen penerbit dalam mencari genre sesuai dengan vokal saya.

“Namun, walaupun hanya percubaan, lagu Semi Realiti diangkat sebagai lagu runut bunyi drama 28 episod di slot Akasia, TV3 bertajuk Shakira serta runut bunyi drama adaptasi novel ‘Alamak Lagi-Lagi Dia’ karya Mazni Aznita di RTM.

“Selepas mencuba pelbagai genre, kemampuan sebenar vokal saya kini lebih menyerlah dan sesuai dengan pop rock.

“Malah, saya juga lebih selesa untuk membawakan lagu berentak sedemikian berbanding sebelumnya biarpun ia adalah lagu pop rock pertama saya,” katanya.

Tika sebenarnya sudah popular di media sosial dan pada awalnya mempunyai pengikut tersendiri.

Bagaimanapun perjalanan kariernya sebagai penyanyi tetap bermula melalui proses pemilihan yang teliti sebelum dipilih sebagai penyanyi di bawah label Hype Beat.

Sehingga kini, Tika sudah mempunyai seramai lebih 230,000 pengikut di media sosial seperti Instagram dan TikTok, manakala muzik video pertamanya, Penipu sudah meraih 210,000 tontonan di YouTube.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat