Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Masjidil Haram sentiasa disanitasi sebelum dan selepas setiap kali kumpulan jemaah mengerjakan ibadat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, solat di ruang terbuka “roof top” memberikan pengudaraan yang baik.

“Alhamdulilah Jemaah Malaysia masih patuh memakai pelitup muka.

“Sejam sebelum masuk waktu solat subuh jemaah telah pun memenuhi ruang solat masjid. Semoga segala urusan jemaah haji dipermudahkan,” katanya pada Rabu.

Untuk rekod, pada tahun ini sejumlah 255 orang petugas perubatan dan kesihatan dipilih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membantu Tabung Haji (TH) melancarkan perjalanan ibadah haji.

“Pasukan tahun ini merangkumi 128 petugas yang berpengalaman menyertai operasi sebelum ini dan 127 petugas baru.

“Semoga segala urusan dipermudahkan dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua Dhuyufurrahman tahun ini,” kata Dr Noor Hisham.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob