Dolla masih hormati tradisi Melayu

- Advertisement -

Petaling Jaya: Penampilan kumpulan Dolla dalam video muzik (MV) lagu raya Suara Lebaran Kita nyanyian bersama Hael Husaini turut mendapat kritikan warganet apabila dikatakan seksi dan tidak sesuai dengan ‘mood’ Aidilfitri.

Sabronzo yang mewakili Dolla berkata, dalam MV itu mereka masih menghormati tradisi masyarakat Melayu dengan mengenakan busana raya yang sesuai.

“Dalam perkara ini setiap orang ada pandangan masing-masing. Ada yang suka lagu raya kami, begitu juga sebaliknya dan sebab itu ada perbandingan. Cuma, dalam video muzik lagu ini kami masih menghormati tradisi. Ada juga persalinan baju kurung dan sesuai untuk suasana raya.

“Selain itu, apa juga yang ditonjolkan dalam lagu video muzik itu adalah imej Dolla. Sama macam lagu sebelum ini pun, dalam video muzik memang nak kena tonjolkan identiti Dolla. Pun begitu, setiap komen dan kritikan kami terima. Mana yang boleh diperbaiki, kami cuba lakukan. Dan tidak dinafikan kami juga banyak dapat maklum balas positif dan negatif,” katanya kepada Harian Metro.

Dolla yang ditemui pada Rumah Terbuka Rakyat Rangers anjuran Hot FM di sini, berkata, mereka bersyukur dengan sambutan hebat diterima lagu itu sepanjang musim raya tahun ini.

 

Pakaian kumpulan Dolla dalam video muzik Suara Lebaran Kita yang dikritik netizen kerana dikatakan tidak sesuai dengan mood Aidilfitri.

 

Seorang lagi anggota Dolla, Tabby berkata, ramai tidak menjangka mereka bekerjasama dengan Hael untuk lagu raya kedua mereka.

“Sambutan lagu Suara Lebaran Kita sangat baik. Orang tak jangka kami bekerjasama dengan Hael Husaini. Diakui lagu ini memang meriah dan unik. Ramai yang ‘enjoy’ dengan lagu ini. Ia satu pengalaman baru buat kami.

“Kalau tengok di media sosial seperti Instagram dan TikTok, memang ramai yang buat lagu ini sebagai lagu latar sambutan raya mereka. Malah, ada video tu dah macam video muzik. Mereka mereka kreatif. Ia sudah cukup buatkan kami terharu dan teruja.

“Syukur juga apabila lagu ini tular hingga menjadikan sambutan raya mereka lebih meriah. Sebagai artis baharu, kami bangga apabila dapat menyanyikan lagu raya sekaligus memeriahkan sambutan raya dan boleh dimainkan setiap tahun,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat