MK takkan halau peminat serbu rumah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap yang kini bergelar pelakon, MK K-Clique sangat merindui suasana Aidilfitri di kampung halamannya di Tawau, Sabah.

MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, hal yang paling dinantikan beraya bersama keluarga dan rakan-rakan yang dirindui.

Namun, katanya, di sebalik teruja, dia masih menekankan soal prosedur operasi standard (SOP).

“Sambutan Syawal seperti biasa sahaja. Tahun lepas, dapat balik, cuma lambat. Jadi, saya nak beraya sakan dengan keluarga, tahun ini.

“Tetapi, saya tetap patuh SOP kerana perlu juga ambil kira keprihatinan dan kerisauan orang lain.

“Saya sebenarnya rindu nak bergaul dengan orang ramai tanpa SOP, tetapi kita harus juga harus hormati pendapat orang lain. Jika ada sesuatu hal yang memerlukan patuh SOP, kita harus ikut,” katanya kepada BH Online.

Tambah MK, dia turut mengakui rindukan juadah hari raya yang ada di kampung halamannya di Sabah.

“Umum mengetahui Sabah banyak etnik, saya pula daripada orang Bajau. Jadi, setiap etnik mempunyai hidangan istimewa, rindu merasai dan menjamu selera pada hari raya bersama keluarga dan kawan-kawan,” katanya.

 

Antara babak MK dan Azira dalam filem Bunga Dan Kayu.
Antara babak MK dan Azira dalam filem Bunga Dan Kayu.

 

Mengulas sama ada tidak risau jika peminat menyerbu rumahnya, MK berkata, dia tidak kisah kerana ramai yang tahu lokasi kediamannya.

“Lagipun, mereka pandai menjaga batas dan tahu bila nak datang. Mereka selalunya minta izin dan tak pernah pula serbu.

“Tetapi, kalau serbu pun saya takkan halau,” katanya.

Dalam perkembangan lain, MK bakal muncul dengan filem baharu berjudul Bunga Dan Kayu.

Filem ini berkisarkan mengenai Noah, lakonan MK, selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga (Azira Shafinaz) sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah.

Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenali, Bunga menyimpan impian untuk menjadi pelakon.

Oleh itu, Noah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1,001 bencana, bukan hanya pada Bunga, tetapi Noah juga.

Selain MK dan Azira, filem Bunga Dan Kayu juga membariskan pelakon seperti Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar Saisi, Elly Arifin serta salah finalis Big Stage 2022, Yazmin Aziz.

Filem Bunga Dan Kayu temui penonton Syawal menerusi Astro First, saluran 480, sejak

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat