Kerja keras sedia duit raya 18 anak saudara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Apa sahaja acara sama ada menjelang Aidilfitri mahupun majlis perjumpaan keluarga, Emma Maembong jadi ketua segala perancangan.

Sebagai adik bongsu, Chacha Maembong lebih selesa menyerahkan segala tugasan ke tangan kakaknya itu. Malah, Emma juga menentukan tema dan warna pakaian mereka sekeluarga.

“Saban tahun, Emma macam ketua. Dia akan tentukan segala perkara, ibaratnya tak boleh bantah kehendak dan arahannya.

“Saya dan adik-beradik lain akur dengan pilihan warna sedondon ditetapkannya. Jika adik beradik lelaki, jika Emma putuskan hendak warna merah jambu, mereka kena reda sahaja.

“Bukan sahaja pada hari raya, malah, ia juga membabitkan perjumpaan termasuk sesi bermaafan dan fotografi satu keluarga pada hari raya pertama.

“Satu sisi, kami adik beradik lain sudah tidak pening kepala. Pernah suatu ketika, bukan setakat menentukan tema dan warna, malah, baju raya siap dihantar ke rumah kami,” kata Chacha kepada BH Online.

Selepas dua tahun meraikan Syawal dalam keterbatasan akibat penularan pandemik COVID-19, Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail Embong berkata, mereka teruja dapat berkumpul seisi keluarga, tahun ini.

“Saya memang tidak sabar meraikan Syawal, tahun ini. Kami hanya dapat beraya secara virtual sahaja selama dua tahun ini.

“Ada gambar raya terpaksa disunting dan ditampal sebab mahu kelihatan seperti kami beraya bersama,” katanya sambil ketawa.

 

Chacha teruja dapat berkumpul bersama bapa, adik-beradik, anak saudara dan ipar duai meraikan 1 Syawal, tahun ini. - Foto IG Chacha Maembong
Chacha teruja dapat berkumpul bersama bapa, adik-beradik, anak saudara dan ipar duai meraikan 1 Syawal, tahun ini. – Foto IG Chacha Maembong

 

Dalam pada itu, Chacha bersyukur dikurniakan berlimpahan rezeki selepas dua tahun biarpun berdepan turun naik dalam fasa pandemik COVID-19.

“Sudah tentu kerja keras ini untuk 18 anak saudara yang menanti kepulangan saya dengan harapan dapatkan duit raya,” katanya.

Sisi peribadi, Chacha yang kelihatan langsing kerana susut berat badan akibat dijangkiti COVID-19 selain mengamalkan produk diusahakan kakaknya, bukan sebab mahu menjadi tarikan lelaki.

Chacha mengakui, dia lebih selesa memberi perhatian kepada kerjaya.

“Cinta belum jadi keutamaan. Saya lebih selesa hidup single.

“Sebelum ini, saya banyak membazir usia remaja mengharapkan cinta lelaki, akhirnya segala-galanya punah.

“Ada hikmahnya juga di sebalik pandemik. Ia membuatkan saya mahu bekerja lebih keras untuk mengumpul duit dan harta. Ada rezeki lebih sudah tentu saya mahu membahagiakan ayah.

“Jika bertemu seseorang pun, saya mahu memperkenalkannya kepada keluarga. Saya tidak mahu mengulangi kesilapan lalu, bercinta bagai nak rak dan banyak membuang masa.

“Lagipun, hanya saya seorang belum berkahwin dalam kalangan 11 adik-beradik,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat