Pandang pertama siri Galaxy S22

- Advertisement -

Peranti pintar ikonik keluaran Samsung iaitu siri S22 sudah pun diperkenalkan beberapa minggu lalu termasuk ciri baharu serta keupayaan kamera.

Pandang pertama peranti berkenaan sememangnya sesuai dengan kelas arus perdana apabila kali ini Samsung memperkukuhkan keupayaan kamera keluarannya.

Untuk siri S22 Ultra pula dilengkapi dengan S Pen yang memiliki tahap persis yang tinggi sekali gus penggunaannya umpama menulis di atas kertas tanpa kelengahan.

Peranti pintar pada hari ini sudah jauh berbeza dan Samsung memberi definisi baharu menerusi peranti S22 mereka apabila ia adalah peranti semua dalam satu yang diperlukan.

Penulis berkesempatan untuk melihat serta mencuba sendiri dalam satu pengenalan eksklusif peranti berkenaan.

Secara keseluruhannya, siri S22 ini adalah peranti yang mengutamakan aspek trend kepenggunaan hari ini iaitu keupayaan kamera, jangka hayat bateri dan hiburan.

Semua elemen berkenaan digabungkan menjadi satu dan ia adalah siri S22.

Paling menarik perhatian adalah keupayaan kamera S22 yang mampu beroperasi dengan cemerlang dalam keadaan pencahayaan kurang.

Menyentuh aspek spesifikasinya, Galaxy S22 Ultra ini didatangkan dengan saiz skrin 6.8 inci Dynamic AMOLED 2X bersama-sama paparan WQHD+ serta 120Hz.

Kunci keupayaan maksimum untuk peranti S22 ini adalah cip pemproses menggunakan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 iaitu binaan 4nm.

Skrin masih lagi melengkung pada bahagian sisi sekali gus memberi pengalaman genggaman yang baik kepada pengguna.

Peranti ini juga menggunakan kerangka ‘Armor Aluminium’ sekali gus menjamin keupayaan serta ketahanan peranti berkenaan untuk sebarang keadaan.

Kapasiti bateri 5,000mAh akan memberikan jangka hayat sepanjang hari dengan penggunaan paling optimum tanpa sebarang masalah.

Pelancar pemuka One UI 4.1 ini juga sangat licin bersama-sama skrin paparan AMOLED memberikan pengalaman luar biasa ketika penggunaannya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat