Noor Nabila mahu Jebat Jayden martabatkan bahasa Malaysia

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila enggan anaknya, Jebat Jayden dibesarkan tanpa memartabatkan bahasa Malaysia susulan kebanyakan ibu bapa kini cenderung mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris terhadap anak-anak mereka.

Nabila berkata, dia sedih apabila terdapat kanak-kanak yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia sedangkan ia adalah bahasa kebangsaan.

“Saya tidak mahu Jayden menjadi anak yang mahir dalam bahasa Inggeris tapi tidak pandai cakap bahasa Malaysia. Bagi saya, dia kena pandai cakap bahasa Malaysia dulu.

“Sebenarnya saya sudah jumpa ramai kanak-kanak yang tak boleh bercakap bahasa Malaysia. Wajahnya Melayu, tapi cakap Melayu pelat. Jadi saya rasa sedih.

“Untuk Jayden dia kena tahu cakap bahasa Malaysia dan dialek Kelantan. Kalau bapanya nak dia mahir dalam dialek Pulau Pinang, itu terpulang kepada Sharnaaz.

“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk memastikan Jayden tidak kekok atau pelik apabila bergaul dengan orang di sekelilingnya,” katanya.

Menurut Nabila, dia mengakui bahasa Inggeris juga penting, namun biarlah bahasa itu dipelajari Jayden ketika di sekolah nanti.

“Saya percaya apabila dia masuk sekolah nanti, dia akan mempelajari dan bercakap dalam bahasa Inggeris. Jadi tak perlu risau mengenai hal itu,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan menambah zuriat selepas mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran tahun lalu, Nabila berkata, dia memang merancang untuk menambah zuriat.

“Insya-Allah saya memang merancang untuk menambah anak. Kalau ada rezeki memang tidak menolak tapi belum ada rezeki lagi,” katanya.

Sebelum ini, Nabila berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai 2020. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.

Selepas perceraian itu, Nabila berkahwin dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 47 pada 19 Mac tahun lalu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat