Polis Tahan Empat Suspek Cetus Kekecohan Di Hospital

- Advertisement -

IPOH – Empat daripada tujuh suspek insiden kekecohan dilakukan sekumpulan individu di perkarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, kelmarin sudah ditahan polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata hasil ujian awal saringan air kencing mendapati semua empat suspek berkenaan yang berusia antara 18 hingga 24 tahun positif dadah jenis ganja.

Susulan penahanan suspek pertama berusia 24 tahun pada 11.50 malam kelmarin, pihaknya memberkas tiga lagi suspek semalam di beberapa lokasi berasingan sekitar bandar raya ini.

“Siasatan mendapati dua mereka adalah rakan manakala dua lagi suspek tidak mengenali satu sama lain. Penahanan mereka adalah bagi siasatan kes mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh),” katanya.

Terdahulu, media melaporkan perselisihan faham antara dua keluarga mengenai isu percintaan dikenal pasti sebagai punca yang membawa kepada insiden kekecohan itu yang berlaku kira-kira jam 12.20 tengah malam Sabtu lalu. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat