Tiga artis Universal Music menang ABPBH 34

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Syarikat rakaman, Universal Music bangga kejayaan artis naungan atau kerjasama mengungguli kategori dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 yang dipancarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), Sabtu lalu.

Ini termasuklah kumpulan Dolla yang dinobatkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular, Fattah Amin (Pelakon Filem Lelaki Popular) dan lagu Nafas Cinta kolaborasi Khai Bahar dan Aina Abdul memenangi kategori Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular juga menjadi terbitan Universal Music.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, pihaknya bangga dengan kejayaan dan pencapaian diraih artis naungan mereka.

“Universal Music terharu dengan kejayaan dikecapi artis naungan dan kerjasama.

“Malah, kami menaruh harapan besar Dolla boleh melakukan anjakan pada kerjaya dengan lebih jauh selepas kemenangan, begitu juga Fattah,” katanya kepada HIP.

Menepati ramalan, Dolla dianggotai Syasya, Sabronzo, Angel dan Tabby menangi Artis Baharu Wanita Popular dengan mengetepikan Aisha Retno, Farisha Iris, Norreen Iman dan dan Loca B.

Biarpun muncul ketika negara bergelut dengan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia tidak menghalang Dolla mengumpul peminat.

 

Lagu Nafas Cinta kolaborasi Khai Bahar dan Aina Abdul memenangi kategori Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular terbitan Universal Music. - Foto IG Aina Abdul
Lagu Nafas Cinta kolaborasi Khai Bahar dan Aina Abdul memenangi kategori Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular terbitan Universal Music. – Foto IG Aina Abdul 

Bahkan, semua single yang dilancarkan sepanjang tempoh dua tahun ini mendapat maklum balas positif termasuklah lagu Dolla Make You Wanna.

Dolla menyifatkan, kejayaan pertama ABPBH 34 itu menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan terbaik pada industri muzik tanah air.

“Kami berbesar hati menang Artis Baharu Wanita Popular. Kami percaya calon lain juga hebat dan layak untuk menang.

“Tetapi, rezeki kepada Dolla. Kami bersyukur pengundi dan kelab peminat, iDollas bertungkus lumus mengundi setiap hari sehingga kami berjaya sampai ke tahap ini,” kata Dolla.

Kata Dolla, mereka berharap peminat akan terus memberikan sokongan pada setiap projek yang bakal dilancarkan.

“Kami akan terus berusaha memberikan yang terbaik dan berharap cara ini membalas semula usaha dan kerja keras peminat yang pengundi.

“Harap peminat dapat menantikan projek baharu Dolla, tidak lama lagi,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat