Tuan Ibrahim cadang semua guna logo PAS di Melaka, usah berebut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Memerhati ketegangan politik terutamanya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nampaknya parti paling ‘laku keras’ ialah PAS.

Parti Islam itu kini menjadi rebutan UMNO dan Bersatu apabila masing- masing bertegas mahu bekerjasama dengan PAS di Melaka.

Hari ini Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam catatan di Facebooknya mengemukakan cadangan supaya semua parti bertanding di PRN Melaka untuk menggunakan logo PAS.

“Oleh kerana semua parti bersetuju bekerjasama dengan PAS, elok kalau kita gunakan satu logo iaitu logo PAS dalam PRN Melaka nanti, fikir-fikirkan,” katanya ringkas.

Entri Menteri Alam Sekitar dan Air itu mendapat pelbagai reaksi, yang mendoakan PAS menjadi jambatan untuk menyatupadukan umat Islam dan Melayu di negara kita malah ada juga mencadangkan supaya PAS tarik diri dan membiarkan UMNO, Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) berentap, juga ada yang berkata ini masanya untuk PAS mempromosikan imej Islam tegas yang mampu mentadbir negara.

Pun begitu, Datuk A Kadir Jasin menyifatkan bahawa penyataan Tuan Ibrahim itu seolah-olah cuba pancing jerung dengan kail panjang sejengkal.

Semalam, UMNO menegaskan mahu meneruskan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) di Melaka dengan syarat PAS mengguna logo sendiri.

Sebelum ini pula, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa telah bersetuju mahu guna logo PN di Melaka.

Namun PAS masih belum buat kata putus dan akan bermesyuarat pada Ahad ini tentang syarat yang diletakkan UMNO.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat