Bajet 2022 berjumlah RM332.1 bilion peruntukan tertinggi pulih ekonomi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bajet 2022 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ yang berjumlah RM332.1 bilion dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurut Tengku Zafrul, Bajet 2022 mengariskan berdasarkan tiga matlamat induk iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Ekonomi dan Ketahanan Ekonomi.

Menteri Kewangan itu juga memberitahu, ia sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK) di samping beberapa pakej pemulihan ekonomi diumumkan sebelum ini.

“Walaupun KDNK ketiga terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ia kembali pulih pada suku keempat menerusi pembukaan sektor ekonomi.

“Malah ia disokong dengan kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berada pada landasan betul apabila peratusan vaksin Malaysia merupakan antara tertinggi di dunia,” katanya ketika pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Bajet 2022 didasari usaha sebagai Keluarga Malaysia untuk bangkit semula memulih negara.

📌 Lebih 28,000 ahli Keluarga Malaysia terkorban disebabkan COVID-19 kini.

📌 Lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi disediakan kerajaan berjumlah RM530 bilion keseluruhan tidak termasuk peruntukan Belanjawan 2021.
📌 95 penduduk dewasa dan 62 peratus remaja telah menerima vaksin COVID-19.

📌 Ekonomi negara pada tahun 2022 diunjur terus berkembang antara 5.5 hingga 6.5 peratus.

📌 #TeamMOF terbitkan kenyataan Pra-Bajet 2022 dan empat Kertas Konsultasi Awam antaranya merangkumi topik penambahbaikan perolehan kerajaan

📌 Bajet 2022 terhasil dari siri turun padang dan jelajah negeri, perbincangan lebih 30 kumpulan fokus, kaji lebih 1,100 memorandum dan hampir 50,000 cadangan

📌 Bantuan sebanyak RM2,000 dibawah BKM kepada isi rumah yang mempunyai tiga anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan

📌 #Bajet2022 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera mendokong tiga paksi utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.

📌 Bajet 2022: Hasil kerajaan dijangka meningkat kepada RM234 bilion pada tahun 2022.

📌 Bajet 2022 : Menyediakan sejumlah RM332.1 bilion yang menyaksikan nilai peruntukan tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini.

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat