- Advertisement -
KUALA LUMPUR- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob mengumumkan secara rasmi keluar daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).
Beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Warisan mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di Kota Kinabalu pada Jumaat.
Yusof memberitahu buat masa ini beliau akan menjadi ADUN bebas yang menyokong kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS).