Dos Ketiga Guna Vaksin Pfizer -Dr Noor Hisham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) mengumumkan memberi kelulusan bersyarat bagi pemberian dos penggalak (booster dose) vaksin COVID-19 Pfizer iaitu Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection (Comirnaty) keluaran Pfizer Manufacturing Belgium NV (Belgium) dan BioNTech Manufacturing GmbH, Germany.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, suntikan dos penggalak ini diberikan sekurang-kurangnya selepas enam bulan dos kedua untuk golongan berumur 18 tahun dan ke atas.

“KKM ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-365 telah bersidang hari ini 8 Oktober 2021.

“Mesyuarat telah memberi kelulusan bersyarat bagi pemberian dos penggalak (booster dose) vaksin COVID-19 Pfizer iaitu Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection (Comirnaty) keluaran Pfizer Manufacturing Belgium NV (Belgium) dan BioNTech Manufacturing GmbH, Germany, sekurang-kurangnya selepas enam bulan dos kedua untuk golongan berumur 18 tahun dan ke atas,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Dr Noor Hisham memberitahu, Vaksin Comirnaty sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 12 tahun dan ke atas pada 15 Jun 2021.

“Ini merupakan vaksin COVID-19 pertama yang diluluskan bagi penggunaan dos penggalak di negara ini.

“KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin ini dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif,” ujarnya.

Menurut beliau, KKM juga sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat