Antibodi Llama ‘Potensi Besar’ Rawat Virus COVID-19

- Advertisement -

LONDON – Ujian klinikal peringkat awal menggunakan antibodi haiwan llama dinamakan Fifi menunjukkan ‘potensi yang besar’ bagi merawat virus COVID-19.

Rawatan diperbuat daripada ‘nanobodi’, iaitu versi antibodi yang kecil dan sederhana dihasilkan oleh llama dan unta secara semula jadi bertindak balas terhadap jangkitan.

Llama adalah sejenis haiwan daripada keluarga camelidae, sama seperti unta dan alpaca.

Menurut saintis, sebaik terapi itu diuji kepada manusia ia boleh digunakan dalam bentuk semburan hidung untuk merawat, selain mencegah jangkitan awal COVID-19.

Seorang daripada penyelidik utama dan pengarah Institut Rosalind Franklin di Oxfordshire, Prof James Naismith, menyifatkan nanobodi sebagai kaedah yang amat mengujakan.

Beliau menjelaskan, tikus yang dijangkiti coronavirus yang dirawat menggunakan semburan hidung nanobodi itu pulih sepenuhnya dalam tempoh enam hari.

Setakat ini, rawatan berkenaan hanya diuji pada haiwan makmal, namun Kesihatan Awam England memberitahu ia antara ‘agen peneutralan SARS-CoV-2 paling berkesan’ pernah diujinya.

Sama seperti antibodi manusia, nanobodi menyekat dan mengikat virus serta bakteria yang menyerang badan manusia.

Sementara itu, ahli imunologi dari Universiti Manchester, Prof Sheena Cruickshank, melihat perkembangan baharu itu sebagai ‘menarik tetapi masih terlalu awal’ untuk mengukur keberkesanannya.

“Lebih banyak data mengenai keberkesanan dan keselamatan diperlukan sebelum beralih ke ujian klinikal ke atas manusia.

“Bagaimanapun, ia sangat berpotensi dan mungkin lebih murah dan antara nilai tambahnya adalah ia lebih mudah untuk diuruskan.

“COVID-19 mungkin akan terus hidup bersama kita, jadi tentunya lebih banyak kaedah rawatan diperlukan untuk menangani penularan,” katanya. – AGENSI

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat