Status Rayuan Bantuan BPR Boleh Disemak Mulai Sabtu – Tengku Zafrul

- Advertisement -

CYBERJAYA – Status rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh disemak bermula Sabtu ini menerusi portal.

Memetik laporan Sinar, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran rayuan itu akan melibatkan hampir 200,000 penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM240 juta.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung September ini, bersekali dengan penerima bayaran BPR fasa tiga,” katanya.

Menurut beliau lagi, permohonan rayuan itu telah diverifikasikan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan bantuan tunai tersebut dapat disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak.

“Kerajaan telah mengemas kini data golongan B40 yang layak menerima BPR melalui permohonan rayuan yang dibuka pada 15 sehingga 30 Jun lalu.

“Kerajaan berharap bantuan tunai yang secara keseluruhannya berjumlah RM17.1 bilion sehingga hujung tahun ini boleh membantu Keluarga Malaysia menampung dan menguruskan perbelanjaan penting mereka,” katanya.

Ujarnya lagi, selaras dengan pengumuman kelulusan rayuan BPR itu, kerajaan turut memberi peluang kepada golongan yang lulus rayuan menyertai Program Jaringan Prihatin.

“Tarikh akhir pendaftaran dan penebusan program ini akan dilanjutkan sehingga 30 September 2021.

“Pelanjutan ini juga bertepatan dengan situasi semasa dan memberi ruang dan masa kepada mereka yang perlu mendaftar dan menebus telefon mereka di kedai secara fizikal,” katanya.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat