MoU CSR: DAP, PH akan lakukan terbaik, turut pelawa Pejuang, Muda dan Warisan sokong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – DAP dan PH akan melakukan yang terbaik untuk menjayakan memorandum persefahaman reformasi-perbekalan- kepercayaan (CSR) yang ditandatangani antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dan komponen Pakatan Harapan walaupun tidak ada jaminan bahawa ia akan berjaya membawa Malaysia ke suatu landskap politik baru.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, meskipun tiada jaminan kejayaan namun, DAP dan PH akan melakukan yang terbaik untuk menghormati janji yang termaktub dalam MoU CSR kerana tidak boleh membiarkan wabak COVID-19 terus berlanjutan dengan meninggalkan kerosakan terhadap kehidupan dan mata pencarian rakyat Malaysia, mengakibatkan lebih dua juta kes jangkitan dan mengorbankan lebih 22,000 dalam tempoh 21 bulan lalu.

Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, memorandum CSR telah menimbulkan pelbagai reaksi, ini termasuk daripada jurucakap G25 dan mantan ketua setiausaha perbendaharaan yang mengatakan perkara ini memberikan harapan bahawa negara sedang bergerak ke arah pemulihan pandemik yang lancar berbanding dengan beberapa hari lepas dan memberi sinar harapan bahawa perjanjian ini dapat menghentikan usaha pihak tentu yang mahu Malaysia menjadi sebuah negara kleptokrasi, kakistokrasi dan gagal.

“MOU CSR ini juga telah menimbulkan kebimbangan bahawa ia akan menjadi tanda berakhirnya era Pembangkang di Parlimen.

“Tidak dapat disangkal, MOU CSR boleh menemui jalan buntu kerana ia bergantung kepada tawaran dan persetujuan kedua-dua belah pihak,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Kit Siang, sejak Menteri Kesihatan yang baru, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengangkat sumpah pada 18 hari yang lalu pada 30 Ogos, rakyat Malaysia masih menunggu tanda-tanda penurunan ketara kes baharu harian COVID-19 dan kes kematian akibat virus itu.

Katanya, purata kes jangkitan Covid-19 sepanjang 18 hari lalu adalah melebihi 19,000 kes dan purata kes kematian akibat Covid-19 untuk tempoh yang sama adalah sebanyak 330 kes.

Menurutnya lagi, laman web “Our World in Data”, kita adalah negara teratas pada 15 September dengan “kes kematian akibat Covid-19 per sejuta penduduk” tertinggi, bukan hanya di rantau ASEAN, malah turut menewaskan Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar dan Vietnam, kita juga menewaskan negara-negara besar yang lain seperti China, India, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, United Kingdom, Iran, Turki, Brazil dan Mexico.

“Inilah sebabnya mengapa gencatan senjata politik mesti dilaksanakan dalam tempoh 10 hingga 18 bulan dari sekarang untuk menyatukan rakyat Malaysia supaya mereka dapat memberikan tumpuan tidak berbelah dalam usaha memenangi perang melawan wabak Covid-19 dan mengatasi kesan yang ditimbulkan oleh wabak ini.

“Kita tidak mahu Malaysia berakhir sebagai negara kleptokrasi, kakistokrasi dan gagal.

“MOU CSR tidak bermaksud tiada lagi blok Pembangkang di Parlimen kerana Ahli Parlimen DAP dan PH akan terus bersuara dan mengangkat agenda keadilan, kebebasan, kemajuan dan perpaduan seperti biasa yang kami lalukan selama ini.

“Kami ingin memenuhi Impian Malaysia; untuk negara ini menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia dan untuk menunaikan hasrat Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman agar Malaysia menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu”, ujar beliau.

Pun begitu, Kit Siang berkata, rakyat Malaysia, tanpa mengira etnik, agama, wilayah atau politik, perlu memastikan bahawa MOU CSR yang ditandatangani antara Ismail Sabri dan pemimpin PH memberikan peluang bersejarah untuk menetapkan semula hala tuju negara ini ke arah pemulihan ekonomi dan sosial dalam era pasca-COVID-19 selain menyelamatkan Malaysia.

“Saya berharap Warisan, Pejuang dan Muda menyokong dan menandatangani MOU CSR dengan Perdana Menteri untuk masa depan yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia,” seru Kit Siang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat