Sesi Pertama Perdana Menteri Sembah Menghadap Agong Mesyuarat Pra- Kabinet

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat Pra-Kabinet menerusi sidang video di Istana Negara pada pagi Rabu.

Laman Facebook Istana Negara berkata, sesi
hari ini berlangsung selama 30 minit bermula jam 8.30 pagi.

“Sesi hari ini juga adalah yang pertama kali bagi (Datuk Seri) Ismail Sabri sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat