Jisim Virus Kes Covid-19 Di Parlimen Amat Tinggi – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lapan kes positif Covid-19 di Parlimen mempunyai nilai kitaran ambang (Cycle Threshold (CT value) yang rendah iaitu kurang daripada 18 yang mana jisim virus adalah amat tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, nilai kitaran ambang adalah bilangan kitaran yang diperlukan untuk penumpuan ‘fluorescent’ (cahaya pada sel virus) memberikan isyarat untuk melintasi paras nilai ambang dan dikesan sebagai positif.

Menurutnya, kebiasaan dalam ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT- PCR) mempunyai lebih kurang 40 kitaran untuk mendapatkan bacaan positif.

“Jika pengesanan nilai kitaran ambang adalah rendah, maka kita dapat rumusan kesan virus (virus load) dalam badan adalah tinggi serta jangkitan Covid-19 adalah dalam peringkat awal.

“Pengesanan kes dan ujian di RT PCR di buat di peringkat awal jangkitan dan kebolehjangkitanan adalah tinggi ketika ini jika terdedah kepada individu lain.

“Selain itu, salah satu kemungkinan kesan mutasi protein ‘spike’ atas permukaan virus yang boleh meningkatkan kebolehjangkitan dengan kesan virus yang tinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, jika nilai kitaran ambang adalah tinggi ini bermakna jangkitan berada di peringkat akhir; kebolehjangkitan adalah di paras rendah serta pengesanan kes dan ujian RT PCR dijalankan di peringkat lewat.

Katanya, ada kemungkinan jangkitan kes dalam peringkat pemulihan dan pengambilan sampel yang kurang sesuai atau tidak dihantar dalam suhu sesuai ke makmal.

“Selain itu, turut dapat dirumuskan ialah pengesanan saki baki virus sahaja. Malah, dalam satu kajian di IMR, beberapa sampel klinikal yang mempunyai PCR CT value 32 dan ke atas sudah dimasukkan dalam sel sesuai untuk membiak virus.

“Namun tiada sampel yang berjaya menghasilkan virus hidup dan ini menunjukkan risiko rendah kebolehjangkitan,” katanya. – HMetro

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat