Ahli Parlimen UMNO taat perintah MKT atau Tuanku?

- Advertisement -

26 orang Ahli Parlimen UMNO, (atau 30 orang jika diambil kira empat orang tandatangan dua surat akuan), harus membuat pilihan sukar antara mentaati keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang berubah-ubah; atau taat titah perintah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah supaya semua pihak memfokuskan kepada usaha menghalang pandemik dan memulihkan negara.

Bukan sekali dua, Tuanku Al-Sultan Abdullah mengingatkan semua parti politik agar mengutamakan kepentingan negara, menjaga kestabilan politik dan kebajikan rakyat. Namun ia tidak pernah diendahkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sejak September 2020, Ahmad Zahid beberapa kali melakukan cubaan menjatuhkan Perdana Menteri, yang jelas bertentangan dengan titah tuanku. Pada Oktober 2020, Al-Sultan Abdullah telah mengingatkan semua pihak agar memfokuskan kepada pengurusan negara.

Baginda bertitah demikian setelah Ahmad Zahid menghantar surat kepada Al-Sultan Abdulllah menyatakan taat setia UMNO kepada kepimpinan Anwar Ibrahim.

YDP Agong kemudiannya mengeluarkan kenyataan agar  “Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 daripada terus merebak.”

Tidak sampai tiga bulan kemudian Ahmad Zahid ingkar lagi titah Tuanku. Beliau menghasut beberapa Ahli Parlimen UMNO membuat sidang media menarik sokongan kepada Muhyiddin.

Pada 9 Januari 2021, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan penarikan sokongan terhadap kerajaan. Pada 11 Januari 2021, Ahli Parlimen Padang Rengas umum tarik sokongan terhadap kerajaan. Nazri kemudiannya mengaku beliau melakukannya atas arahan Ahmad Zahid.

Usaha Ahmad Zahid untuk mewujudkan ketidakstabilan politik ketika pandemik langsung tidak seiring dengan titah Tuanku Agong.

Akibatnya pada 12 Januari 2021, Al-Sultan Abdullah mengisytiharkan darurat. Namun Ahmad Zahid terus berpakat dengan Anwar Ibrahim seperti terdedah dalam rakaman audio selepas Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.

Pada Mei 2021, YDP Agong sekali lagi mengingatkan semua semua pihak agar mengetepikan perbezaan dan kepentingan diri masing-masing untuk bersama-sama berganding bahu membantu kerajaan serta para petugas barisan hadapan menjayakan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan usaha-usaha memerangi wabak itu.

Ahmad Zahid sekali tidak peduli dan masih mahu menjatuhkan kerajaan. Desakan demi desakan sehingga Agong membuat perjumpaan dengan semua parti politik dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Dalam perjumpaan 14 Jun tersebut Ahmad Zahid ‘mislead YDP’ Agong dengan menyatakan MKT UMNO telah membuat keputusan bahawa semua Ahli Parlimen dan penjawat GLC dari UMNO akan meninggalkan kerajaan pada 1 Ogos atau lebih awal.

Kenyataan Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu kemudiannya pada Jun lalu antara lain menggesa suhu politik negara diredakan dan memberi tumpuan kepada vaksinasi dan pemulihan ekonomi negara.

Kesemua ini langsung tidak diambil kira oleh Majlis Tertinggi UMNO. Sebaliknya mereka terus merancang mahu menjatuhkan kerajaan ini.

Hampir saban minggu YDP Agong memuji usaha tiga menteri UMNO, Datuk Seri Hishammuddin, Datuk Seri Adham Baba dan Khairy Jamaluddin dalam mempercepatkan vaksinasi. Namun isyarat ini juga tidak diendahkan oleh Ahmad Zahid dan MKT UMNO yang sudah tidak sabar-sabar mahu menjatuhkan kerajaan ini dan kembali mempunyai kuasa yang lebih besar.

MKT UMNO bertekad mahu menjatuhkan kerajaan dalam keadaan negara masih dalam pandemik. Ini sesuatu yang bertentangan dengan pandangan YDP Agong sepanjang setahun ini.

Malah tadi YDP Agong memberitahu Perdana Menteri  supaya kerajaan terus memfokuskan usaha membanteras pandemik dan meningkatkan vaksinasi. Ini memberi isyarat jelas keutamaan Istana Negara.

Namun Ahmad Zahid dengan penuh bongkak menghantar lagi surat kepada Istana Negara dalam isu menjatuhkan Muhyiddin Yassin.Dalam hal ini pihak yang tidak faham dengan kehendak Istana Negara ialah Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO.

Kini Ahli Parlimen UMNO yang belum mengikut keputusan MKT UMNO dan Zahid Hamidi perlu membuat keputusan, mereka mahu taat kepada Zahid Hamidi dan MKT UMNO atau menghormati dan menjunjung titah Tuanku Agong?

Mustahil mentaati MKT UMNO akan seiring dengan kehendak Seri Paduka Baginda YDP Agong. Ini kerana menuruti kehendak MT UMNO bermakna menjatuhkan kerajaan yang dititahkan oleh Baginda agar memfokuskan kepada usaha membantu rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat