LANGKAWI: UMNO Bahagian Langkawi terbuka untuk mana-mana parti bertanding di kerusi Parlimen berkenaan dalam Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) termasuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang mengesahkan untuk mempertahankan kerusi itu.
Ketuanya, Datuk Nawawi Ahmad ketika dihubungi Astro AWANI berkata, UMNO sedia berdepan dengan sebarang kemungkinan termasuk pertandingan tiga hingga lima penjuru dalam PRU15 di kerusi Parlimen Langkawi.
Menurut beliau, berlandaskan amalan demokrasi di Malaysia, UMNO Langkawi tidak boleh menghalang mana-mana individu yang berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen itu termasuk penyandangnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, Nawawi berkata, adalah lebih baik sekiranya Dr Mahathir memberi peluang kepada calon yang lebih muda termasuk daripada Pejuang bagi bertanding di kerusi Parlimen Langkawi.
“Yang pertama, mana-mana parti (politik) yang berdaftar di Malaysia ni boleh bertanding. Itu hak mereka nak bertanding di mana sahaja, kalau nak bertanding di Langkawi itu hak kepada parti itu, tetapi bagi kami UMNO tetap bersedia untuk bertanding macam pilihan raya lepas-lepas, kita sudah masuk semua pilihan raya dah 14 kali dah takkan kita tidak akan masuk.
“UMNO tetap bersedia, kenapa pula tak bersedia? Kalau Tun pun terpaksalah (bertanding)… kalau boleh janganlah bertanding lagi kali ini, bagi orang lain lah pulak,” tambah Nawawi.

– Astro Awani