Peranti meriahkan suasana

- Advertisement -

MERAIKAN hari raya Aidilfitri dalam suasana sederhana bukan penghalang kepada kita untuk tetap bergembira bersama keluarga.

Kekangan tidak boleh pulang berhari raya, tidak boleh berziarah, tidak boleh berkumpul dan sebagainya itu adalah baik untuk seluruh masyarakat dalam usaha kerajaan memutuskan rangkaian Covid-19 yang menular begitu pantas ketika ini.

Namun, dengan adanya teknologi komunikasi serba canggih ketika ini, semua kesedihan dapat diceriakan, yang jauh dapatkan didekatkan melalui panggilan video, duit raya pula boleh disampaikan dengan kaedah pindahan wang secara maya, malah ucapan salam Aidilfitri boleh disampaikan melalui aplikasi pesanan ringkas ataupun media sosial.

Oleh itu, peranti yang kita gunakan itu mestilah wajar untuk semua kaedah komunikasi masa kini.

Samsung adalah jenama terkemuka dunia yang baru-baru ini memperkenalkan telefon bimbit kategori pertengahan iaitu Galaxy A52 dijual pada harga RM1,499 (RRP).

Penguji bertuah dibekalkan A52 untuk kegunaan ketika hari raya lalu. Memang mantap untuk digandingkan dengan pengguna aktif sebagai alat komunikasi harian.

Dilengkapi kamera hadapan beresolusi 32MP amat memuaskan penguji ketika membuat panggilan video dan swafoto, disokong pula oleh skrin berteknologi Super AMOLED dengan paparan 6.5 inci beresolusi 1080×2400 FHD+. Paparan yang dihasilkan sangat jelas tanpa gangguan dengan kadar penyegaran semulanya pada 90Hz.

Paparannya juga selesa ditonton ketika di luar kerana ia ditambah baik dengan pencahayaan yang cerah menerusi tambahan luminan pada skrin sehingga 800 nits.

Sementara empat kamera belakangnya masing-masing mampu merakam pada resolusi 64MP untuk kamera utama, 12MP (sudut ultra lebar sehingga 123 darjah), 5MP (makro) dan 5MP (terperinci). Ia juga diupayakan untuk rakaman video 4K, malah ada ciri 4K Video Snap untuk mengambil imej beresolusi tinggi sehingga 8MP daripada rakaman video 4K itu.

Disebabkan tidak ke mana-mana pada hari raya pertama lalu, masa banyak dihabiskan di hadapan skrin Galaxy A52 ini. Selain berpanggilan video, penguji sibuk juga berbual menggunakan aplikasi Whatsapp, menjawab ucapan selamat daripada rakan, merakam gambar, merakam video lalu dikongsikan terus bersama ahli keluarga yang lain.

 

ABADIKAN kenangan membuat panggilan video pada hari raya pertama dengan Galaxy A52 yang disokong oleh skrin berteknologi Super AMOLED.
ABADIKAN kenangan membuat panggilan video pada hari raya pertama dengan Galaxy A52 yang disokong oleh skrin berteknologi Super AMOLED.

 

Tidak ketinggalan berkongsikan pengalaman berhari raya dalam norma baharu itu dalam media sosial.

Dalam seharian dengan gaya penggunaan aktif itu penguji langsung tidak bimbang kehabisan kuasa bateri kerana ia tahan lama daripada bateri berkapasiti 4,500mAH.

Walaupun lama menghadap skrin Galaxy A52 ini, tapi mata tidak berasa penat. Daripada helaian fakta berkenaan telefon ini, teknologi skrinnya diiktiraf oleh teknologi ‘Eye Care’ yang mengubah suhu warna secara automatik berdasarkan corak penggunaan menerusi perisai ‘Eye Comfort Shield’. Ia menyebabkan tontonan menjadi selesa.

Pada setiap sambutan hari raya, pasti meja penuh dengan makanan yang sedap-sedap. Tabiat kita yang suka makan pula pastinya asyik kembali ke meja makan berulang kali mencari apa lagi yang boleh dimakan. Dalam masa sama telefon tak lekang dari genggaman dan sudah tentu terdedah dengan tumpahan kuah atau air.

Pengguna tidak perlu bimbang kerana Galaxy A52 menepati kadar IP67 yang kalis air dan habuk, malah dikatakan mampu terendam sehingga 30 minit pada kedalaman satu meter. Tidak mengapa kalau tangan basah atau masih berkuah lalu memegang telefon.

Bagaimanapun berhati-hati juga, penguji ada pengalaman apabila mengambil sikap tidak hirau kerana yakin telefon jenama terkemuka penguji ketika itu memang turut menepati kadar IP67 sedangkan apabila masuk sungai dalam aktiviti lasak yang penguji jalankan menyebabkannya rosak tanpa belas kasihan. Semua data yang tersimpan dalam storan telefon itu gagal diselamatkan.

Bukan hendak menyalahkan sesiapa, tetapi mungkin juga telefon itu sendiri sudah lama dan ada kerosakan pada getah pelindung pada kerangkanya. Disebabkan insiden itu, penguji tidak berapa berani membasahkan telefon walaupun ia dikadarkan pada standard IP67.

Penguji berpendapat kepada pembaca yang mencari-cari telefon baharu dengan ciri terkini dan berkeupayaan tinggi, tetapi harganya mampu dimiliki, maka boleh mempertimbangkan Galaxy A52. Duit raya pun ada tersimpan elok, boleh

dibelanjakan sekarang.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat