Total Lockdown: Ini Senarai Kategori Kilang Yang Dibenarkan Beroperasi –MITI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan total lockdown bermula esok, 1 Jun tentunya masih kabur dan timbul beberapa kekeliruan berhubung pembukaan operasi sektor dan perkhidmatan .

Jadi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini menyenaraikan 18 sektor pembuatan serta perkhidmatan berkaitan (MRS) yang dibenarkan beroperasi. Ini adalah senarai meliputi 60 peratus kapasiti tenaga kerja:

Aeroangkasa – komponen, penyelenggaraan, penambahbaikan
Makanan dan Minuman
Pembungkusan, pencetakan
Bahan Pencuci, Penjagaan Diri
Produk Kesihatan, Perubatan – PPE, Sarung Tangan Getah, Peralatan Keselamatan
Elektrik dan Elektronik
Minyak dan Gas – petrokimia
Mesin dan Peralatan
Tekstil Pengeluaran
Pengeluaran, Penyulingan, Penyimpanan, Pembekalan
Pengagihan Bahan Api
Pelincir
Sementara 5 sektor ini pula meliputi penglibatan 10 peratus pekerja sahaja, iaitu:
Automotif – kenderaan, komponen
Besi dan Keluli
Simen
Gelas
Seramik

Bagi sektor yang terlibat perlu memiliki surat kelulusan MITI, ia boleh dimuat turun pada portal CIMS.3.0 – COVID-19 Intelligent Management System. Manakala bagi syarikat yang telah tersedia berdaftar di bawah portal berkenaan boleh memuat turun surat kelulusan dan mengemaskini senarai pekerja mereka, mulai semalam (30 Mei).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat