Pemuda UMNO Pahang Bidas MUDA

- Advertisement -

KUANTAN: Pergerakan Pemuda UMNO Pahang membidas kenyataan MUDA Pahang yang tidak peka dengan bantuan kerajaan negeri Pahang yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKP/PKPD) khususnya di Bandar Kuantan.

Ketuanya, Mohd Farid Mohd Nor berkata, kerajaan Negeri Pahang telah melaksanakan pelbagai iniasitif untuk rakyat Negeri Pahang semenjak PKP 1.0 lagi.

Bidasnya lagi, MUDA Pahang hanya sekadar melihat peluang dalam kegawatan yang ada untuk menjadikan kewujudan mereka disedari. Ianya amat malang sekali apabila kaedah berpolitik sebegini diamalkan oleh mereka yang menggelar dirinya mewakili golongan muda.

Antara inisiatif jelas beliau ialah agihan bakul makanan, bantuan kewangan, kebenaran membuka taska, keperluan melaksanakan ‘mass testing’, pembelian 10, 000 vaksin secara sendiri dan mnenyediakan 1,100 unit laptop untuk  pelajar sekolah menengah dan rendah untuk PdPR di negeri tersebut.

“Agihan bakul makanan memang sedang diagihkan oleh Kerajaan Negeri Pahang, bukan sekadar tempoh PKPD malah sejak PKP 1.0 bermula sejak Mac 2020 lagi termasuk ketika bencana Banjir berlaku awal tahun ini. Bakul terbabit walaupun tidak dalam bentuk bakul adalah dalam bentuk makanan asas dan ada kalanya dalam bentuk barangan basah telah diagihkan bukan sahaja di Kuantan malah seluruh negeri ini dan antara bilangan yang terbesar adalah ketika Bandar Muadzam Shah dikenakan PKPD yang melibatkan hampir 15,000 penduduk. Bantuan ini disalurkan oleh agensi kerajaan, wakil rakyat, Parti Barisan Nasional dan Maufakat Nasional, Penghulu, Ketua Kampung, MTSP dan pelbagai lagi NGO dalam Negeri Pahang.

“Begitu juga bantuan kewangan, ianya juga telah bermula sejak PKP 1.0, termasuk ketika bencana banjir, termasuk pengumuman terbaharu melibatkan peruntukkan sebanyak RM 7.8 juta yang bakal diagihkan secara berperingkat, bukan sahaja di Daerah Kuantan, tetapi meliputi seluruh Negeri Pahang,” katanya.

Selain itu ujarnya lagi, Kerajaan Negeri juga telah membenarkan taska di buka bagi membolehkan ibu-bapa yang perlu bekerja menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan. Jika di rujuk kepada Daerah Kuantan, dengan kerjasama pelbagai NGO, sebuah pusat bagi melindungi golongan kanak-kanak di kalangan mereka yang kurang bernasib baik juga telah dibuka di Jalan Wong Ah Jang. Golongan ini bukan sahaja akan dibela untuk tempoh PKPD, malah pusat ini merupakan satu projek perintis untuk pusat-pusat seumpanya di buka di lokasi-lokasi lain yang berhadapan dengan permasalahan sebegini.

“Keperluan untuk melaksanakan Mass Testing bagi seluruh Rakyat Kuantan memang sedang dilaksanakan bertempat di Dewan Jubli Perak ( Dewan Konvensyen) berhampiran Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang. Bukan itu sahaja, sebagai persediaan, sebuah Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 dengan kapasiti 1200 katil juga telah disiapkan untuk menerima pesakit-pesakit tahap 1-3 di Gambang, melengkapi pusat sedia ada di Stadium Tertutup Sukpa dan Kolej Universiti Sultan Haji Ahmad SHAH. Sukacita saya maklumkan, 1200 katil yang disediakan ini telah dipasang oleh Sukarelawan yang terdiri daripada ahli Pemuda UMNO Pahang, Puteri UMNO Pahang, Unit Amal Pas Pahang, Majlis Mahasiswa Anak Pahang, Majlis Belia Pahang, Majlis Tindakan Sosial Pahang dan Skuad Bencana Pahang. MUDA Pahang boleh bersama membantu di lain masa sekiranya tenaga diperlukan bagi membuka pusat-pusat seumpamanya di negeri ini. Gambar-gambar pemasangan ini tidak dapat kami viralkan atas arahan Majlis Keselamatan Negara, Negeri Pahang.

“Bagi dana atau tabung pembelian Vaksin, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan dana bagi membeli sebanyak 10,000 unit vaksin sekiranya ianya dibenarkan oleh Kerajaan Pusat. Buat masa ini bekalan Vaksin di Negeri Pahang adalah mencukupi, namun masih ramai yang enggan mendaftar dan enggan hadir apabila dipanggil. MUDA Pahang boleh membantu sukarelawan kami mempercepatkan proses ini dengan mengadakan program atau kempen pendaftaran vaksin seperti mana yang sedang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Negeri Pahang dan MTSP, ” tegasnya.

Disamping itu, bagi kemudahan PdPR, sebanyak 1100 unit laptop telah diagihkan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan pendaftaran yang dibuat oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mereka ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 5 di kalangan keluarga miskin tegar dan anak yatim. Kami percaya inilah golongan memerlukan yang disebut dalam Kenyataan Muda Pahang.

Pergerakan Pemuda UMNO Pahang percaya mereka yang memperlekeh kerajaan negeri ini samaada tidak pernah peduli atau mengambil tahu nasib rakyat di Negeri Pahang, katanya.-SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat