Majikan Pukul Pengawal Peribadi Berpuasa Akan Didakwa Di Mahkamah Esok

- Advertisement -

PETALING JAYA – Seorang ahli perniagaan yang didakwa memukul dua pengawal peribadinya kerana berpuasa dijangka menghadapi tujuh pertuduhan di Mahkamah Majistret Klang dan Kuala Lumpur esok.

Tuduhan itu berkaitan mendatangkan kecederaan, intimidasi jenayah dan menghina Islam.

Lelaki berusia 44 tahun itu akan mengadapi lima tuduhan di Klang dan dua lagi di Kuala Lumpur.

Pembantunya, yang sudah didakwa dengan dua tuduhan, juga akan dihadapkan ke mahkamah di Klang.

Dua pengawal peribadi mendakwa mereka dipukul di belakang badan dengan rotan oleh majikan mereka dan seorang lagi pekerjanya.

Polis berkata, majikan itu turut mengambil sepucuk pistol daripada salah seorang mangsa dan mengacukan senjata terbabit ke arah mereka sambil mengugut serta menghina mereka.

Kejadian itu berlaku minggu lalu di rumah majikan terbabit di Bukit Tinggi, Klang, beberapa jam selepas dua pengawal peribadi itu dimarahi kerana berpuasa di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Siasatan membawa polis kepada pembongkaran aktiviti judi dan sindiket ceti haram atau “ah long” yang didakwa dijalankan syarikat milik majikan itu.

Polis turut merampas 100kg jongkong emas dan 12,500 not kertas USD100, yang semuanya dianggarkan berjumlah RM28.25 juta.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta pencegahan Pengubahan Wang haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 serta Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat