Majikan Pukul Pengawal Peribadi Berpuasa Akan Didakwa Di Mahkamah Esok

PETALING JAYA – Seorang ahli perniagaan yang didakwa memukul dua pengawal peribadinya kerana berpuasa dijangka menghadapi tujuh pertuduhan di Mahkamah Majistret Klang dan Kuala Lumpur esok.

Tuduhan itu berkaitan mendatangkan kecederaan, intimidasi jenayah dan menghina Islam.

Lelaki berusia 44 tahun itu akan mengadapi lima tuduhan di Klang dan dua lagi di Kuala Lumpur.

Pembantunya, yang sudah didakwa dengan dua tuduhan, juga akan dihadapkan ke mahkamah di Klang.

Dua pengawal peribadi mendakwa mereka dipukul di belakang badan dengan rotan oleh majikan mereka dan seorang lagi pekerjanya.

Polis berkata, majikan itu turut mengambil sepucuk pistol daripada salah seorang mangsa dan mengacukan senjata terbabit ke arah mereka sambil mengugut serta menghina mereka.

Kejadian itu berlaku minggu lalu di rumah majikan terbabit di Bukit Tinggi, Klang, beberapa jam selepas dua pengawal peribadi itu dimarahi kerana berpuasa di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Siasatan membawa polis kepada pembongkaran aktiviti judi dan sindiket ceti haram atau “ah long” yang didakwa dijalankan syarikat milik majikan itu.

Polis turut merampas 100kg jongkong emas dan 12,500 not kertas USD100, yang semuanya dianggarkan berjumlah RM28.25 juta.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta pencegahan Pengubahan Wang haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 serta Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951. – FMT

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

Bersatu Siasat Dakwaan Pemimpin, AJK Bahagian Di Johor Letak Jawatan

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan membuat siasatan dalaman berhubung dakwaan peletakan jawatan beberapa kepimpinan dan ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian...

19 Kematian, 3,551 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia terus mencatatkan kes baharu jangkitan COVID-19 melebihi angka 3,000 dengan 3,551 kes baharu yang direkodkan pada Khamis. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan,...

JDT Buat ‘Cengei’ Tak Hormat Kedah, Satu Hari Nanti Kita Akan Tewaskan Mereka – Sanusi

ALOR SETAR - Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Muhammad Sanusi Md Noor kesal kerana pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang hadir ke Stadium Darul...