Kes Gaduh Di Restoran, Seramai 8 Orang Ditahan Polis

- Advertisement -

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata empat daripada suspek berusia dalam lingkungan 23 hingga 29 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Balai Polis Gombak, manakala empat lagi serah diri di balai sama.

“Kami sedang memburu beberapa lagi individu bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Dalam insiden kira-kira jam 1 pagi semalam, seorang individu berusia 29 tahun minum di sebuah restoran di Rawang bersama rakannya sebelum dikatakan berlaku perselisihan faham dengan sekumpulan lelaki lain akibat ejek-mengejek.

Kumpulan itu kemudian didakwa membaling botol ke meja pengadu dan perkara sama dikata turut dilakukan pengadu serta rakannya sebelum tercetus pergelutan antara mereka.

Susulan itu, pengadu dilaporkan mengalami cedera ringan di tangan serta dada, dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut, Arifai meminta orang ramai yang ada sebarang maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi balai berdekatan.

– BERNAMA

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat