Kereta Terbabas Langgar Pokok, 3 Maut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Jalan Klang Lama di sini pada Ahad.

Komander Operasi Kanan, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazri Hasim berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 6.49 pagi.

“Seramai 18 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh dan Pantai bergegas ke lokasi kejadian,” katanya melalui kenyataan akhbar pada Ahad.

Mohd Nazri berkata kemalangan tersebut mengakibatkan kenderaan terbabit remuk dan terputus dua bahagian.

“Kita mengeluarkan tiga lelaki warga tempatan yang tersepit dan dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurutnya, kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kesemua mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.55 pagi,” katanya.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat