Bersatu Pembuli Tapi Acah “Abang Besar” – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kluster “katak” selamatkan Bersatu sebagai “big brother” dalam Perikatan Nasional (PN),” bidas Datuk Dr Puad Zarkashi.

Ujar beliau kerana manfaat singkat, tidak pelik ada yang sanggup mengaku pembulinya “abang besar”.

Malah katanya, si pembuli pula mengatakan “we are brothers” sebaliknya ada udang di sebalik batu.

Puad berkata, barangkali isu “abang besar” dan “kita adik beradik” amat kontroversi dalam hubungan diplomatik.

Tetapi bagaimana pula dalam politik?

“UMNO tidak mengamalkan konsep “abang besar” dalam Barisan Nasional (BN). UMNO dituduh dan difitnah dengan gelaran itu. Buktinya Perikatan dan kemudiannya BN dapat bertahan lama.

“Sebab itu rakan parti komponen diberi peluang bertanding di kawasan majoriti Melayu seperti di Air Hitam dan Tenggaroh Mersing.

“UMNO kekal menghormati sosial kontrak yang sudah lama wujud. UMNO kekalkan sekolah vernakular. Masa BN memerintah, ada Pelan Pembangunan Induk Masyarakat India 2016,” jelasnya.

Tetapi soal Puad apakah “big brother” tidak wujud dalam PN? Betulkah konsep “we are brothers (adik beradik) yang diungkapkan dalam hubungan diplomatik ada dalam Kerajaan PN.

“Kalau semangat adik beradik wujud dalam PN sudah tentu UMNO menyertai PN dan tidak akan keluar daripada Kerajaan PN.

“Sebaliknya UMNO dilayan umpama adik tiri sahaja.

“MIC dan MCA kena beringat jangan kerana tinggal satu dan dua kerusi maka gopoh cari rakan pergantungan baru yang sebenarnya adalah “big brother”,” katanya.

Tegas Puad setelah Bersatu berpecah, enam ahlinya keluar menjadi ahli Pejuang, Muda dan Bebas.

Sedangkan ahli Parlimen ‘ori’ Bersatu tinggal tujuh sahaja.

“Tetapi kluster “katak” selamatkan Bersatu sebagai “big brother” dalam PN,” katanya.

//

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat