Kami Orang PAS Tak Faham Istilah Pelacur Politik Kata Takiyuddin

- Advertisement -

ALOR SETAR: Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan bahawa pihaknya tidak boleh memberikan atau mengeluarkan sebarang komen berhubung kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang dilaporkan melabel Pas sebagai ‘pelacur’.

Menurutnya, ini kerana “orang Pas” atau ahli-ahli parti berkenaan tidak memahami apa sebenarnya istilah “pelacur” seperti yang dilabel pemimpin veteran UMNO bekenaan.

“Kami orang Pas tidak faham apa itu pelacur, jadi saya tidak boleh komen, apa dia pelacur ini kita tidak faham,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin peringkat Negeri Kedah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit, Alor Setar, pada Ahad.

Pada Sabtu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar menyatakan bahawa pihaknya rela dituduh pelacur dan parti politik yang kecil demi mempertahankan perpaduan ummah.

Jelasnya, pihaknya rela dilabelkan sedemikian berbanding menjadi ‘pelacur politik dan kuasa’ kerana rakus menggadai maruah agama dan bangsa untuk kehendak peribadi.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan melabel Pas sebagai ‘pelacur’ dan menggesa UMNO untuk menewaskan parti itu pada PRU15 akan datang.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pula melabel Pas sebagai sebuah parti kecil.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat